Oleh BASHIR ISHAK
PADANG BESAR, 16 Ogos (Hrkh) - Pergerakan NISA' mengembangkan lagi sayapnya di negeri Perlis dengan penubuhan unit tersebut ke Kawasan Padang Besar dengan mengadakan perjumpaan sulungnya di di sini semalam.
Perjumpaan diadakan di Pasti Nurul Hayah, Santan adalah susulan daripada perjumpaan yang telah dibuat di dua kawasan lain iaitu Arau dan Kangar baru-baru ini.
Menurut Ketua NISA' Perlis, Nor Hayati Abdul Razak, pergerakan ini akan mula bergerak di Kawasan Padang Besar dengan penubuhan jawatankuasa penajanya dan akan mula merancang program-progam untuk ahli.
"Kita akan mulakan kempen penambahan ahli dan akan mula menyertai program anjuran PAS Perlis iaitu IJtimak kali ke-9 dua minggu lagi," jelasnya.
Beliau memberikan taklimat penerangan kepada ahli-ahli baru berharap agar semua pihak bekerjasama untuk membantu NISA' yang baru menapak di negeri ini agar mereka dapat menjadi pelapis kepada kepimpinan muslimat pada masa akan datang.
Sementara itu, NISA' Padang Besar akan diketuai oleh Rohana Sulaiman, seorang tenaga pengajar PASTI. Beliau yang juga Setiausaha NISA' Perlis berharap agar pimpinan PAS terutamanya mendaftarkan anak-anak mereka sebagai ahli NISA'.
"Untuk menambahkan ahli, kita perlu mulakan dengan anak-anak pimpinan PAS di semua peringkat terlebih dahulu, " katanya.