Official Logo NISA'
muka hadapan | hubungi kami | peta laman
KENALI NISA' | 3N | INFO KERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING
   
pix 01pix 02pix 03pix 04pix 05

NISA' NEWS NETWORK
Laman Utama > Arkib 3N
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PERSEMBAHAN NISA' DI PAHANG TINGGALKAN KESAN MENDALAM
Isnin, 22 Ogos, 2005 @ 17:46:14 MYT

Oleh BASIRON ABDUL WAHAB
TEMERLOH, 22 Ogos (Hrkh) - 'Rebranding NISA' Pahang' atau penjenamaan semula NISA' Pahang, 21 Ogos lalu pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada lebih 400 hadirin yang membanjiri Dewan Ramin, Hotel Green Park, Temerloh.

Jelas sekali, ia menggambarkan kesungguhan NISA' untuk mendekati golongan remaja berusia 15-40 tahun, berbeza dengan Unit Amal NISA' dahulu, keterampilan Nisa kini lebih bergaya dan bercirikan Melayu dengan baju kurung tradisi berwarna ungu cerah (light purple).

Unit Amal Nisa dahulu memakai mini jubah berwarna hijau gelab dan berseluar panjang, warnanya kurang ceria berbanding warna NISA' versi kini.

Sepatah kata Ketua Nisa pusat, Mastura Mohamad dalam ucapan perasmianya yang menyatakan penjenamaan semula NISA' bertujuan memperkenalkan semula NISA' dengan imej baru yang lebih segar dan ceria sesuai dengan mottonya sebagai ‘Penghubung Generasi Muda’ (Connecting Youth).

Jelas Mastura, NISA' membawa konsep dan pendekatan mudah, ceria dan menyorokkan sesuai dengan naluri remaja yang sedang mencari identiti diri.

Beliau mengharapkan semua pihak didalam PAS memberi sokongan penuh kepada NISA' untuk bergerak dengan selesa.

Katanya, NISA' bergerak secara bersepadu dan sanggup bekerjasama dan bertemu siapa sahaja, hatta bertemu Kementerian Pembangunan Wanita dan Puteri Umno sekali pun untuk membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan remaja.

“Yang diperjuangkan oleh NISA' ialah untuk menyempurnakan perjuangan Rasululah SAW, apa yang penting ialah Islam itu dapat disampaikan," kata beliau.

Pesanan ibu

Sementara itu Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat menyeru remaja menjaga akhlak, terutama akhlak dengan Allah S.W.T. dan tidak culas mengerjakan solat di samping menjaga harga diri dan maruah serta jangan mudah terpedaya dengan persekitaran yang negatif.

“Ramai remaja tewas kerana tidak mampu menghadapi gelora alam remaja, malah ada yang hanyut dibawa arus noda dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau amat bimbang dengan perkembangan sekeiling yang tidak membantu remaja membentuk akhlak yang mulia.

Azizah juga menegur segelintir remaja yang kurang menghormati golongan lebih tua berbanding jenerasi dahulu.

Menurut Azizah, NISA' memikul tanggungjawab yang berat untuk mendekati remaja lain yang sebaya dengan mereka tetapi mengamalkan gaya hidup berbeza,, mereka itu mungkin berpakaian menjolok mata, terdedah di sana –sini dan sebagainya.

NISA' perlu mendampingi remaja terbabit, NISA' tidak wajar menjarakkan diri dengan golongan itu, mereka adalah sasaran yang perlu didekati NISA'.

“Ia adalah cabaran besar buat NISA' kerana bukan mudah untuk mendekati golongan tersebut yang jauh berbeza dari segi pakaian dan ketrampilan diri. Sebagai ibu kepada NISA', Dewan Muslimat telah memberikan ruang yang selesa, untuk NISA' bergerak serta kasih sayang sebagaimana seorang ibu, ” katanya.

Terdahulu, Ketua NISA' Pahang, Norsuriyati Razali dalam ucapanya menyatakan NISA' akan membuktikan wanita itu tidak statik, tidak lemah dan muslimah itu tidak jumud.

Persembahan

Sempena majlis Penjenamaan NISA' Pahang itu, beberapa acara turut dipersembahkan seperti Nasyid, pertunjukan Multimedia, Busana Muslim dan pertunjukan seni bela diri Jeed Kune Do secara beramai-ramai dan pertunjukkan secara berpasangan oleh sepasang suami isteri.

Demonstrasi satu lawan satu oleh jurulatih Jeet Kune Do, Mohd Akmal dan isterinya Norlidawati Wahat juga dibuat khas.

Pertunjukkan seni bela diri pasangan tersebut mendapat perhatian peserta lebih-lebih lagi apabila Puan Norlidawati berjaya menjatuhkan suaminya beberapa kali ketika cuba menyerangnya.

Kemahiran menguasai seni bela diri Jeed Kone Do ini amat berguna kepada remaja perempuan terutama ketika situasi genting seperti berhadapan penyerang, peragut, perogol dan sebagainya.

Roslindawati membuktikan kemampuanya mengalahkan lawan yang lebih sasa dan besar dengan manjatuhkan Akmal yang cuba menyerangnya beberapa kali.

Pada majlis itu Nisa turut menerima pendaftaran 140 orang ahli baru. Ia adalah suatu kejayaan apabila ramai perserta terpaksa duduk bersila kerana tidak cukup kerusi.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Turut hadir ke majlis tersbeut ialah Timbalan perusuhjaya PAS Pahang, Mejar (B) Abdul Aziz Yaakub, Bendahari Musanif Abdul Rahman, Setiausaha Badan Perhubungan, Abdul Majid Hasan.
- zs

[ Arkib 3N ]

 

NISA' Careline



« SEPTEMBER 2010 »
A I S R K J S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2
3 4 5 6 7 8 9

NISA' Links
arrow IPTA
arrow IPTS
arrow NEWSPAPER
arrow GOVERNMENT
arrow OTHERS
 
KENALI NISA' | 3NKERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING