Official Logo NISA'
muka hadapan | hubungi kami | peta laman
KENALI NISA' | 3N | INFO KERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING
   
pix 01pix 02pix 03pix 04pix 05

NISA' NEWS NETWORK
Laman Utama > Arkib 3N
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NISA' SABAH MAHU SEIRING DENGAN PUSAT
Khamis, 8 September, 2005 @ 11:44:19 MYT

Oleh BASIRON ABDUL WAHAB
KOTA KINABALU, 8 Sept (Hrkh) - Seiring dengan langkah NISA' Pusat, Sabah juga tidak mahu ketinggalan untuk menyahut seruan penjenamaan semula Nisa.

Baru-baru ini, seramai 60 peserta yang datang dari seluruh negeri Sabah telah hadir menjayakan program rebranding NISA' Sabah yang diadakan pada 3-4 September 2005.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Us. Azizah Khatib Mat yang turut dihadiri oleh timbalannya, Dr Lo’ Lo' Ghazali, Bendahari Nurul Huda Abdullah dan Pengarah NISA' Pn. Mastura Muhammad.


(Gambar kenangan NISA' Sabah dengan pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat.)

Program ini antara lain bertujuan untuk mengetengahkan NISA' sebagai wahana dalam menyampaikan mesej Islam di kalangan masyarakat dan juga memperkenalkan peranan unit-unit yang terdapat dalam Nisa seperti Unit Kerjaya, Unit Kaunseling, Unit Kerohanian dan unit-unit lain dalam Nisa.

Ketika memberikan ucapannya, Ustazah Azizah Khatib Mat berharap agar NISA' mampu menjadi peneraju wacana Islam dalam usaha untuk menangani masalah sosial di kalangan muda-mudi dewasa ini.

Ucapannya juga mengingatkan semula tentang visi dan misi Dewan Muslimat untuk mendaulatkan Islam di muka bumi ini.

Apa yang penting ialah dakwah Islam perlu disampaikan dengan penuh hikmah yang dihiasi dengan budi bahasa (peramah, senyuman dan sahsiah yang menarik) yang boleh dijadikan contoh teladan yang menggamit hati masyarakat untuk menyelami Islam khususnya dan gerakan Islam khasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan agar muslimat di semua peringkat mempelajari kemahiran berkomunikasi agar dapat menyampaikan mesej Islam di semua peringkat masyarakat, seterusnya merangka aktiviti yang mampu menarik minat remaja untuk menyertai program NISA'.

Walau apapun, setiap gerak kerja yang dilakukan perlulah dihiasi dengan ibadat khusus dan munajat kepada Allah s.w.t. Akhir sekali.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut ialah Bengkel Strategi Perlaksanaan aktiviti-aktiviti NISA' dalam merealisasikan dakwah Islam, Motivasi dalam perjuangan Islam oleh Dr. Lo’Lo'.

Saudari Nurul Huda Abdullah pula memberi panduan kepada peserta bagaimana untuk membahagikan masa antara keluarga, kerjaya dan perjuangan seterusnya memupuk sifat berani dalam diri peserta untuk berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai ragam.

Program ini diakhiri dengan resolusi peserta dari setiap kawasan (Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Kota Belud dan Tuaran) yang rata-ratanya berhasrat untuk mengemaskini semula organisasi dan gerak kerja NISA' di kawasan masing-masing.
-AT/zs

[ Arkib 3N ]

 

NISA' Careline



« SEPTEMBER 2010 »
A I S R K J S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2
3 4 5 6 7 8 9

NISA' Links
arrow IPTA
arrow IPTS
arrow NEWSPAPER
arrow GOVERNMENT
arrow OTHERS
 
KENALI NISA' | 3NKERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING