Official Logo NISA'
muka hadapan | hubungi kami | peta laman
KENALI NISA' | 3N | INFO KERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING
   
pix 01pix 02pix 03pix 04pix 05

NISA' NEWS NETWORK
Laman Utama > Arkib 3N
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NISA' BERBAKTI DI RUMAH BAKTI, ULU KELANG
Jumaat, 28 Oktober, 2005 @ 12:32:57 MYT

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Hrkh) - NISA' Malaysia terus mengadakan program ziarahnya sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Kali ini mereka telah mengunjungi Rumah Bakti (Rumah Anak-Anak Yatim Selangor) yang terletak di Ampang, Ulu Kelang.

Rumah Bakti yang kini berusia hampir 30 tahun ini menempatkan anak-anak yang kematian ibu atau ayah dari sekitar Lembah Klang. Penghuninya merupakan anak-anak yang bersekolah dari tahun 1 sehinggalah ke tingkatan 5.

Kemuncak program ziarah tersebut ialah majlis sumbangan duit raya kepada 117 orang anak-anak yatim yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Pihak sekolah juga telah menerima sedikit sumbangan daripada NISA' Malaysia dan individu-individu yang dermawan.

NISA' Malaysia sempat beramah mesra dengan anak-anak serta guru-guru rumah Bakti semasa menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh tuan rumah. Anak-anak ini begitu mudah mesra, petah bercerita serta tidak jemu-jemu mengajukan soalan.

Kehadiran NISA' dianggap seperti kunjungan ibu, kakak atau anggota keluarga yang mereka rindui.

Guru-guru Rumah Bakti berharap NISA' Malaysia dapat memainkan peranan, terutamanya dalam memberi perangsang dan sokongan kepada penghuninya yang terpaksa mengharungi realiti kehidupan tanpa kehadiran ibu atau ayah mereka.

Mereka mengharapkan agar NISA' dapat mengadakan program motivasi yang mana boleh membantu anak anak tersebut untuk menjadi pelajar yang lebih tekun dan bersemangat untuk belajar.

Rombongan Nisa' yang diketuai oleh Puan Mastura, Setiausahanya Puan Zinnirah, serta wakil-wakil daripada Unit Khidmat & Kaunseling Cik Nurul Zaki, Unit Kerjaya Cik Asiah dan Unit Pembangunan Insan Cik Faznur dan Cik Sofea.

Mereka merasa amat berbesar hati dengan layanan istimewa tuan rumah.

“Ribuan terimakasih kepada pengetua, guru-guru dan kakitangan Rumah Bakti, serta seluruh penghuni yang sudi menerima kedatangan NISA' Malaysia.

“Penghargaan yang tidak terhingga juga disampaikan kepada Puan Jamilah dan Puah Mashanum yg telah turut sama bermurah hati menyumbang bagi menjayakan program ziarah ini,” kata Mastura kepada Harakahdaily.
-3N/zs

[ Arkib 3N ]

 

NISA' Careline



« SEPTEMBER 2010 »
A I S R K J S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2
3 4 5 6 7 8 9

NISA' Links
arrow IPTA
arrow IPTS
arrow NEWSPAPER
arrow GOVERNMENT
arrow OTHERS
 
KENALI NISA' | 3NKERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING