Official Logo NISA'
muka hadapan | hubungi kami | peta laman
KENALI NISA' | 3N | INFO KERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING
   
pix 01pix 02pix 03pix 04pix 05

NISA' NEWS NETWORK
Laman Utama > Arkib 3N
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Generasi Muda Perlis Diseru Sertai NISA'

Bertempat di HPA College, Jejawi lebih 150 orang generasi muda Perlis telah berkumpul dan bertemu di dalam program ‘Rebranding NISA’ yang dianjurkan oleh NISA' Perlis pada 5 Februari lalu. Program yang bertujuan bagi memberi pendedahan kepada generasi muda berkenaan pendekatan baru yang dibawa di dalam organisasi NISA' serta aktiviti dan manafaatnya kepada ahli NISA' ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Perlis Ustaz Ahmad b. Ali. Turut bersama-sama meriahkan program ini ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis, Ustazah Sarah bt Rejab, Ketua NISA' Malaysia, Puan Mastura Muhamad serta rombongan AJK NISA' Malaysia dan Ketua NISA' Perlis, Norhayati Abdul Razak.

Ustaz Mohd Ali di dalam ucapan perasmiannya menyeru generasi muda untuk menyertai NISA' kerana NISA' berhasrat untuk bersama-sama membantu membina masa depan dan peribadi ahlinya, di samping mengambil berat tentang masalah yang dihadapi mereka.

"Saya gembira melihat ahli NISA' yang menunjukkan akhlak mulia dan keprihatinan terhadap keadaan masyarakat. Inilah akhlak dan sifat Rasulullah yang patut dimiliki oleh semua generasi muda masakini", ujar Ustaz Ahmad b. Ali sebaik sahaja mendengar penerangan oleh AJK NISA' Malaysia berkenaan organisasi dan aktiviti NISA' melalui slot 3N atau NISA News Network. Ustaz Ahmad b Ali juga mengharapkan lebih ramai generasi muda berkesedaran untuk tampil ke hadapan dan memainkan peranan sebagai seorang diae untuk menyampaikan mesej Islam.

Menghargai sokongan padu yang diberikan oleh golongan ‘senior’, Puan Mastura yakin NISA' Perlis bersama NISA' di seluruh Malaysia akan berjaya merealisasikan misi NISA' iaitu berhasrat melahirkan generasi muda yang mengagungkan agama, menyintai ilmu dan berakhlak mulia.

"Generasi muda merupakan asset yang sangat bernilai bagi sebuah negara dan golongan ini perlu kita dekati supaya kehidupan mereka lebih terpimpin dan selari dengan kehendak agama dan negara" ujar Puan Mastura.

Program ini diakhiri dengan Slot Sembang Kerjaya yang dibawakan khas oleh Unit Kerjaya NISA' Malaysia. Peserta program diberi pendedahan awal berkenaan langkah-langkah dan tips-tips penting yang perlu diambil berat dalam memastikan pembinaan masa depan dan kerjaya yang gemilang. Program separuh hari ini ternyata berjaya memberikan kepuasan dan pendedahan yang berguna bukan sahaja kepada generasi muda malahan juga kepada golongan ibu bapa yang yakin bahawa NISA' boleh memberi manafaat serta kelebihan kepada masa depan anak-anak mereka. - 3N.

[ Arkib 3N ]

 

NISA' Careline



« SEPTEMBER 2010 »
A I S R K J S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2
3 4 5 6 7 8 9

NISA' Links
arrow IPTA
arrow IPTS
arrow NEWSPAPER
arrow GOVERNMENT
arrow OTHERS
 
KENALI NISA' | 3NKERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING