|
NISA' NEWS NETWORK
Laman Utama > Arkib
3N
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
GENERASI MUDA DIAJAK MEMPERKUATKAN KEILMUAN
Dengan sambutan seramai hampir 500 remaja Islam di Sungai Petani, Kedah pada 4 dan 5 Februari 2006 yang lepas, telah menjadikan 'Rebranding NISA' Kedah adalah program rebranding (penjenamaan semula) yang terbaik di antara negeri setakat ini. Ianya telah dirasmikan oleh YB Ustaz Azizan Abdul Razak, Pesuruhjaya Pas Kedah.
Program tersebut telah diadakan di Dewan Tikam Batu Sungai Petani.
Sambutan luarbiasa di Kedah telah menunjukkan bahawa objektif dan halatuju NISA' yang ingin melahirkan generasi muda yang beragama, berilmu dan berakhlak difahami dan diterima oleh masyarakat.
Di dalam ucapan perasmian, YB Ustaz Azizan melahirkan rasa gembiranya kerana melihat remaja dan pelapis muda yang sentiasa ingin belajar dan memperbaiki diri dari masa ke semasa, kerana merekalah pewaris negara yang bakal memimpin masyarakat. Justeru itu, mereka harus diberikan pendedahan ilmu pengetahuan yang mendalam dan sentiada mendedahkan diri dengan keadaan semasa agar mereka menjadi masyarakat yang celik ilmu dan mantap dari segi semua kemahiran diri.
Ditanya kepada Puan Mastura, Pengarah NISA' Malaysia yang telah mengetuai 10 lagi anggota Pusat ke Kedah mengenai harapan beliau kepada NISA', beliau menyatakan kegembirannya mengenai komitmen NISA' Negeri-negeri, dan juga beliau juga menyatakan bahawa ukur kejayaan NISA' adalah apabila program kemasyarakatan yang sedang dan akan dijalankan dapat dimanfaatkan oleh semua generasi muda dan masyarakat di luar sana tidak mengira fahaman politik.
Dalam ucapan aluan oleh Ketua NISA' Kedah, beliau berharap dengan tenaga yang ada dalam NISA' ini akan membangkitkan lagi kesedaran kepada masyarakat tentang peri pentingnya ilmu dalam kehidupan. Beliau juga menyatakan bahawa pelbagai program khidmat kemasyarakatan dirangka dan disusun selari dengan kehendak terkini khususnya kepada generasi muda
Di dalam program separuh hari itu, telah diadakan juga Sembang Kerjaya, yang merupakan agenda terpenting di setiap program NISA' yang disampaikan oleh Unit Kerjaya NISA' Pusat, segmen sketsa oleh NISA' Pusat, persembahan nasyid dan program ramah mesra bersama peserta. - 3N.
[ Arkib 3N ]
|