Official Logo NISA'
muka hadapan | hubungi kami | peta laman
KENALI NISA' | 3N | KERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING
 

bagaimana mampu ku tahan airmata ini, jika aku masih melihat si kecil itu tidak mampu
melalui harinya dengan senyuman seperti kanak-kanak lain...
Anak-anak akan mewarisi dunia ini dari kita.
Biar siapa mereka, kasih setiap anak itu, adalah amanah kita..
kitalah penjaganya, kitalah pendidiknya.

"Ayuh..wujudkan dunia yang lebih prihatin, bantulah anak-anak yang memerlukan"

 
 
  KASIHMU AMANAHKU
Laman Utama > Arkib Kasihmu Amanahku
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesuci "Kasihmu Amanahku"...

Saat pena melakar kata..

Kini, aku juga ibu muda
Kini, aku juga mempunyai anak
Betapa benar, setelah diri ini menggalas sendiri bebanan tanggungjawab bergelar ibu dan bapa..
Hatiku terlalu lembut melihat wajah suci tulus mulus bayi yang baru dilahirkan

Tuhanku,
Perasaan ini terlalu berbeza
Melihat wajah mulus bayi, ketika aku masih belum bergelar isteri & ibu
Dengan
Melihat wajah mulus bayi, ketika aku sudah bergelar ibu

Betapa besar pengorbanan dan penderitaan yang ibu tempuh
Demi untuk membawa anak ke dunia ini
Siang malam derita membawa saratnya tubuh
Ibu rela menderita namun hati megah berdoa segala isinya selamat jua

Ya Rahman,
Ibu berdoa semoga anak ini anak yang soleh
Ibu berdoa semoga anak ini kuat dan cerdas akalnya
Ibu berdoa semoga anak ini pintar bicaranya
Namun atas semua ini,
Ibu berdoa hanya satu..agar anak ini sempurna dan sihat tubuh badannya

Ya Rahim,
Namun perancanganMu mengatasi segalanya
Ada tertulis yang lebih baik dalam perkiraanMu
Moga kamilah hambaMu yang redha
Moga kamilah hambaMu yang sabar
Moga kamilah hambaMu yang bersyukur
Benar, syurgaMu itu tinggi dan mahal nilainya

Ya Rabbi,
Perjalanan ini harus diteruskan
Kerana kasih dan cinta kepada anak ini tidak akan padam
Lahirnya ia bersama seribu keajaiban
Namun, derita anak..itulah derita diriku
Aku tak sanggup melihat anak ini menderita walau sebentar cuma
Terasa ingin aku sendiri yang ingin mengantikan tempatnya
Biarlah wayar berselirat itu ada ditubuhku, bukan ditubuhnya
Dia terlalu kecil untuk menanggung derita itu

Tuhanku,
Syukur atas segala nikmat kesihatan yang Kau berikan kepada anak-anakku
Melihat mereka membesar dengan sihat, aku puas
Benar, nikmat kesihatan dan kasih sayang adalah segala-galanya dan jauh lebih bernilai dari wang ringgit
Namun atas nikmat yang Kau beri inilah aku mendapat kekuatan untuk bangun
Bangun untuk anak-anak diluar sana
Bangun untuk anak-anak diluar sana

Ya..Bangun untuk anak-anak diluar sana!
Kerana lumrah alam ibarat roda, ada masa kita di atas ada kalanya di bawah
Kerana masih ramai anak-anak yang perlukan bantuan dan perlindungan
Kerana masih ada anak-anak yang tidak mampu tersenyum dalam hari-hari mereka
Kerana masih ada anak-anak yang menangis saban hari menanggung kesakitan
Kerana masih ramai ibubapa yang diduga saban hari sarat menanggung perit di hati
Bagaimana kita harus membiarkan semua ini?

Tuhanku,
Hatiku tidak akan puas
Walau apa jua latar belakang mereka
Setiap anak-anak itu adalah suci
Mereka berhak dididik dengan sebaik-baik isi dunia
Mereka berhak disayangi dan dibimbing oleh kita warga dunia
Kerana mereka bakal mewarisi dunia ini dari kita

Mari kita sama-sama kita realisasikan "Kasihmu Amanahku"

Bersama membentuk dunia yang lebih prihatin...
Bersama menghulurkan bantuan kepada anak-anak yang amat memerlukan!

 

 

~ Mengenai "Kasihmu Amanahku" ~
bullet Mengenai inisiatif "Kasihmu Amanahku"

 

 

 

"Kasihmu Amanahku" adalah salah satu lagi usaha yang diilhamkan bagi membantu lebih ramai lagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik di luar sana. ..

Melalui program ini, satu ruangan khas "Kasihmu Amanahku" diwujudkan di laman webnisa, bagi memudahkan hasrat NISA' melalui misi Kebajikan, Kemanusiaan & Kemasyarakatan dapat direalisasikan.

Inisiatif "Kasihmu Amanahku" dari NISA' adalah berhasrat untuk:

i. membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, dan meringankan beban keluarga mereka
ii. menghubungkan mereka 'yang ingin menyalurkan bantuan', dengan 'yang memerlukan bantuan'
iii. mewujudkan budaya masyarakat yang prihatin, sayang menyayangi dan saling membantu
iv. menjadi salah satu saluran (melalui laman webnisa) dari puluhan saluran lain yang sedia ada, dalam menyalurkan informasi bantuan kepada yang memerlukan

 
bullet Sekiranya anda mempunyai info yang dapat disiarkan di ruangan "Kasihmu Amanahku", anda dipelawa untuk berbuat demikian..
 

Sila hantarkan butiran penuh seperti:

(1) Berita mengenai ujian yang menimpa kanak-kanak berkenaan
(2) Bagaimana ia dapat membantu kanak-kanak/ keluarga kanak-kanak berkenaan
(3) Nombor perhubungan, Alamat perhubungan - yang berkenaan
(4) Nombor akaun bank - yang berkenaan
(5) Gambar untuk tujuan penyiaran


ATAU, sekiranya anda mendapat bahan itu dari sumber bebas (internet, email yang di forward)..
Pihak webnisa amat berbesar hati sekiranya anda dapat:

(6) Menyertakan bersama sumber/ alamat email/ alamat URL, bahan yang anda perolehi
(7) atau, anda mendapatkan pengesahan terlebih dahulu sebelum menghantar kepada kami untuk siaran

Semua bahan ini boleh dihantar ke webnisa@gmail.com

Untuk makluman, pihak webnisa berhak untuk menyemak butiran sebelum penyiaran, bagi tujuan semakan sebelum lulus siar. Dalam usaha memastikan segala maklumat yang disiarkan adalah sahih, namun pihak kami tidak akan bertanggungawab jika masih terdapat kesilapan atau kekurangan informasi, dari bahan yang disiarkan.

 


 
KENALI NISA' | 3N | KERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING