
bagaimana mampu ku tahan airmata
ini, jika aku masih melihat si kecil itu tidak mampu
melalui harinya dengan senyuman seperti kanak-kanak lain...
Anak-anak akan mewarisi dunia ini dari kita.
Biar siapa mereka, kasih setiap anak itu, adalah amanah kita..
kitalah penjaganya, kitalah pendidiknya.
"Ayuh..wujudkan
dunia yang lebih prihatin, bantulah
anak-anak yang memerlukan"
|
| |
KASIHMU
AMANAHKU
Laman Utama > Arkib Kasihmu
Amanahku
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
Adik Adrianna Alysya Mohd Hanib (6tahun
10bulan)
Mengidap Penyakit
Jantung Berlubang |
|

|
|

|
|
Assalamualaikum
w.b.t,
Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib berasal dari
Kuala
Lumpur.
Umur saya 6 tahun 10
bulan. Saya mengidap penyakit kronik jantung berlubang yang serius sejak
saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang Upaya ( OKU ) iaitu tidak
boleh mendengar, bercakap, dan berdiri. Boleh dikatakan setiap bulan saya
dirawat dihospital. Saya memerlukan sejumlah bantuan kewangan daripada
Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya
bagi-
i. Membeli sebuah kerusi roda khas untuk
kanak - kanak seperti saya yang berharga lebih kurang RM
3,000.00
ii. Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang
RM25,000.00.
iii. Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa
ke semasa.
Dilampirkan salinan dokumen - dokumen yang
berkaitan untuk rujukan Tuan /Puan.
Saya merayu kepada Tuan /
Puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan sekadar yang mampu bagi
meringankan beban kami sekeluarga.
Sebarang sumbangan
harap dapat disalurkan ke akaun / atas nama
Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib CIMB Bank A/c No 1427 006
1573 521
Sekiranya sumbagan Tuan dalam bentuk cek diharap
dapat hubungi ibu saya
Fazirah Bt Sidek
012-6580456 / 013-6953030
Jasa baik Tuan /
Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih semoga Allah s.w.t
sahaja yang dapat membalas budi baik Tuan/Puan. Saya doakan semoga
Tuan/Puan sekeluarga dirahmati Allah s.w.t dan sihat
sejahtera.
Sekian, terima
kasih, Adiranna
Alysya
|
|
|
|
~
Mengenai "Kasihmu Amanahku" ~ |
Mengenai inisiatif "Kasihmu Amanahku" |
|
"Kasihmu Amanahku"
adalah salah satu lagi usaha yang diilhamkan bagi membantu
lebih ramai lagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik di luar
sana. ..
Melalui program ini, satu ruangan khas
"Kasihmu Amanahku" diwujudkan
di laman webnisa, bagi memudahkan hasrat NISA' melalui misi Kebajikan,
Kemanusiaan & Kemasyarakatan dapat direalisasikan.
Inisiatif "Kasihmu
Amanahku" dari NISA' adalah berhasrat untuk:
i. membantu kanak-kanak
yang kurang bernasib baik, dan meringankan beban keluarga mereka
ii. menghubungkan mereka 'yang ingin menyalurkan bantuan', dengan
'yang memerlukan bantuan'
iii. mewujudkan budaya masyarakat yang prihatin, sayang menyayangi
dan saling membantu
iv. menjadi salah satu saluran (melalui laman webnisa)
dari puluhan saluran lain yang sedia ada, dalam menyalurkan informasi
bantuan kepada yang memerlukan
|
|
Sekiranya anda mempunyai info yang dapat disiarkan
di ruangan "Kasihmu Amanahku", anda dipelawa untuk berbuat
demikian.. |
| |
Sila hantarkan butiran penuh seperti:
(1) Berita mengenai
ujian yang menimpa kanak-kanak berkenaan
(2) Bagaimana ia dapat membantu kanak-kanak/ keluarga kanak-kanak
berkenaan
(3) Nombor perhubungan, Alamat perhubungan - yang berkenaan
(4) Nombor akaun bank - yang berkenaan
(5) Gambar untuk tujuan penyiaran
ATAU, sekiranya
anda mendapat bahan itu dari sumber bebas (internet, email yang
di forward)..
Pihak webnisa amat berbesar hati sekiranya anda dapat:
(6) Menyertakan
bersama sumber/ alamat email/ alamat URL, bahan yang anda perolehi
(7) atau, anda mendapatkan pengesahan terlebih dahulu sebelum
menghantar kepada kami untuk siaran
Semua bahan ini boleh dihantar ke
webnisa@gmail.com
Untuk makluman, pihak webnisa berhak untuk
menyemak butiran sebelum penyiaran, bagi tujuan semakan sebelum
lulus siar. Dalam usaha memastikan segala maklumat yang disiarkan
adalah sahih, namun pihak kami tidak akan bertanggungawab jika
masih terdapat kesilapan atau kekurangan informasi, dari bahan
yang disiarkan.
|
|
|
|