
bagaimana mampu ku tahan airmata
ini, jika aku masih melihat si kecil itu tidak mampu
melalui harinya dengan senyuman seperti kanak-kanak lain...
Anak-anak akan mewarisi dunia ini dari kita.
Biar siapa mereka, kasih setiap anak itu, adalah amanah kita..
kitalah penjaganya, kitalah pendidiknya.
"Ayuh..wujudkan
dunia yang lebih prihatin, bantulah
anak-anak yang memerlukan"
|
| |
KASIHMU
AMANAHKU
Laman Utama > Arkib Kasihmu
Amanahku
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
Adik Lim Ji Tian (meninggal dunia akibat demam
panas)
"Alasan Karut
Pengasuh Bayi" |
|
|
|
|
|

Alasan
karut pengasuh bayi
Oleh
Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my
KUALA
LUMPUR:
Akibat terlalu percayakan kepercayaan karut, seorang pengasuh bayi memberi
alasan kononnya bayi berusia 13 bulan yang dijaganya meninggal dunia
kerana diganggu roh jahat.
Pengasuh berusia 40-an itu turut
mendakwa ibu bapa mangsa mengadakan majlis sambutan hari jadi anaknya yang
boleh mengundang nasib malang.
Sumber polis berkata, bayi
berkenaan, Lim Ji Tian, dihantar ke rumah pengasuh terbabit di Desa Aman,
Kepong, kerana ibu bapanya bekerja sebagai eksekutif di sebuah bank.
“Berdasarkan laporan dibuat ibu bapa mangsa, mereka mendakwa
terpaksa menyerahkan anaknya untuk dijaga pengasuh terbabit berikutan
kesibukan dengan tugas harian,” katanya.
Menurutnya,
ibu bapa bayi itu bersetuju menghantar bayi mereka untuk dijaga pengasuh
terbabit yang mendakwa kononnya pernah bekerja sebagai
jururawat.
“Bagaimanapun,
sekitar jam 7 malam kelmarin, pengasuh terbabit menghubungi ibu bapa
mangsa untuk memberitahu anak pasangan itu demam panas.
“Si ibu
yang bimbang segera memaklumkan kejadian itu kepada emaknya dan memintanya
melihat keadaan bayi itu,” katanya.
Sumber polis itu berkata, nenek
bayi berkenaan yang datang ke rumah pengasuh terbabit terkejut apabila
mendapati cucunya dalam keadaan terbaring tidak bermaya.
Malah,
mata bayi itu terbeliak dan nafasnya tersekat-sekat.
“Melihat
keadaan bayi itu, neneknya membawanya ke sebuah hospital swasta untuk
rawatan kecemasan,” katanya.
Difahamkan, setiba di hospital
berkenaan, doktor mendapati suhu badan bayi itu terlalu tinggi iaitu
mencecah 41 darjah Selsius.
“Doktor berusaha menyelamatkan bayi itu
dengan memberikan rawatan kecemasan, namun gagal. Dia disahkan meninggal
dunia kira-kira tiga jam selepas dibawa ke hospital.
“Difahamkan,
bayi itu demam sejak beberapa hari lalu, tetapi dibiarkan pengasuhnya
tanpa dibawa mendapatkan rawatan doktor,” katanya.
Ibu bapa mangsa
kesal kerana yakin bayinya dapat diselamatkan jika dibawa ke hospital
secepat mungkin oleh pengasuh terbabit.
Mereka turut tidak berpuas
hati alasan tidak logik diberikan pengasuh terbabit berhubung kematian
bayi itu.
“Lebih memeranjatkan apabila suspek enggan meminta maaf,
sebaliknya mendakwa bayi mereka mati berkait rapat dengan gangguan roh
jahat,” katanya.
“Dia juga mendakwa majlis sambutan hari jadi
pertama bayi itu adalah satu pantang larang yang boleh menyebabkannya
ditimpa nasib malang,” katanya.
Berikutan itu,
ibu bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kepong untuk tindakan
lanjut.
sumber berita: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/BeritaUtama/20080922083453/Article/index_html |
|
|
|
~
Mengenai "Kasihmu Amanahku" ~ |
Mengenai inisiatif "Kasihmu Amanahku" |
|
"Kasihmu Amanahku"
adalah salah satu lagi usaha yang diilhamkan bagi membantu
lebih ramai lagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik di luar
sana. ..
Melalui program ini, satu ruangan khas
"Kasihmu Amanahku" diwujudkan
di laman webnisa, bagi memudahkan hasrat NISA' melalui misi Kebajikan,
Kemanusiaan & Kemasyarakatan dapat direalisasikan.
Inisiatif "Kasihmu
Amanahku" dari NISA' adalah berhasrat untuk:
i. membantu kanak-kanak
yang kurang bernasib baik, dan meringankan beban keluarga mereka
ii. menghubungkan mereka 'yang ingin menyalurkan bantuan', dengan
'yang memerlukan bantuan'
iii. mewujudkan budaya masyarakat yang prihatin, sayang menyayangi
dan saling membantu
iv. menjadi salah satu saluran (melalui laman webnisa)
dari puluhan saluran lain yang sedia ada, dalam menyalurkan informasi
bantuan kepada yang memerlukan
|
|
Sekiranya anda mempunyai info yang dapat disiarkan
di ruangan "Kasihmu Amanahku", anda dipelawa untuk berbuat
demikian.. |
| |
Sila hantarkan butiran penuh seperti:
(1) Berita mengenai
ujian yang menimpa kanak-kanak berkenaan
(2) Bagaimana ia dapat membantu kanak-kanak/ keluarga kanak-kanak
berkenaan
(3) Nombor perhubungan, Alamat perhubungan - yang berkenaan
(4) Nombor akaun bank - yang berkenaan
(5) Gambar untuk tujuan penyiaran
ATAU, sekiranya
anda mendapat bahan itu dari sumber bebas (internet, email yang
di forward)..
Pihak webnisa amat berbesar hati sekiranya anda dapat:
(6) Menyertakan
bersama sumber/ alamat email/ alamat URL, bahan yang anda perolehi
(7) atau, anda mendapatkan pengesahan terlebih dahulu sebelum
menghantar kepada kami untuk siaran
Semua bahan ini boleh dihantar ke
webnisa@gmail.com
Untuk makluman, pihak webnisa berhak untuk
menyemak butiran sebelum penyiaran, bagi tujuan semakan sebelum
lulus siar. Dalam usaha memastikan segala maklumat yang disiarkan
adalah sahih, namun pihak kami tidak akan bertanggungawab jika
masih terdapat kesilapan atau kekurangan informasi, dari bahan
yang disiarkan.
|
|
|
|